Sumber : Selatan Online
“Ustaz,
boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”
Soalan
ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi
soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan
Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya
nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting.
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang
terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak
luahkan perasaan tu.
Mmm..nampaknya
sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna
perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada
yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.
Apa
puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan
yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan
yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK
mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah
banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku
pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh. Ustaz yang
sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan
sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan
tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri
jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya
menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”
Fuhh~!
Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat…
Aku tak
sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan
wanita.
Tapi..Dalam
Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun
bila mendengar atau membaca Qur’an.
Habis,
nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada
cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku
beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang
penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga.
Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga
dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..”
Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin
tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa
suami tak nampak bidadari bila isterinya ada?
Sebab
wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari.
Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang
penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang
bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka
apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari
yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita
dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari
melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau
tiada saingan?
Tidak
juga.
Andai
tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang
kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang,
tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada
jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai
wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain.
Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga
Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Satu
perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah
tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka
pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf
mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah
kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur
terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil
tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi
`uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud: “sentiasa
merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.
Di dalam
bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah
yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya
mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan
oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA
lelaki normal macam tu).
Tentang
pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku
huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only. ;-j
~~~
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah
bidadari lain tak ‘kacau daun’.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita
rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para
Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah
keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali.
Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali
pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm.
Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya
tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak
kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu
lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan
bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur,
tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)
Jenuh la
kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda
sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar
kami pula ambil alih!”
…Mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah
diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita
yang berfikir begini.
Izinkan
saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum
daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu
‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara
segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun
ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat
Al-Jamiil.
Dan di
‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan
(barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli
syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku
mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya.
Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain,
memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa
perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya
ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu
diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka .
Ibarat
anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak
download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ’search’ apa,
sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia,
milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di
‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita
(dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’ kata sesetengah orang.
Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang
paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana
Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (”you’re
fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda
kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu…
Di pasar
syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja
nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
“Handbag
LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh
terfikir nak tanya camni…
Begini
sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. “Jannah itu ialah satu
kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di
tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang
paling tengah dan paling tinggi”.
belum
habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan
syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama,
kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada
perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi
mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas
pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu
permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah
yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah
sejauh jarak langit dan bumi.”
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat
yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah
untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid
tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka
diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika
mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah
Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempatmengucapkan
syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang
sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas
kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan
peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas
dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan
yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal
daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti
ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan
terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun
setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda
menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari
perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak
mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan
barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan
keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana)
dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan
bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum
habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang
lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat,mengatasi kelajuan
cahaya). Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga
untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu
juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun
hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga…
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan
suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau
rakan serumah) anda dahulu?
...dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai
syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di
rumah’ saja.. ;-j
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan
cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu
salaaman-salaama~
Lelaki dan wanita saudaraku sekelian.. MARILAH MENUJU KEJAYAAN !!!