Ya Allah

Memaparkan catatan dengan label Secebis Kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Secebis Kisah. Papar semua catatan

Khamis, 7 Jun 2012

Ada Aku Kisah???

Ada aku kisah?
“Ustaz, kenapa bila kita nak buat baik je mesti ada orang yang nak mengutuk? Cakap kita ni kononnya nak jadi ustazah la, nak tunjuk alim la…” tanya Mila seorang pelajar sebuah IPT tempatan kepada seorang ustaz.

“Kalau kita buat jahat ada orang kutuk kita dak?” Ustaz itu menyoal Mila kembali.

“Buat jahat pun ada juga orang mengutuk kita.” Balas Mila kepada ustaz.

“Habis tu…bukankah lebih baik menjadi orang baik daripada menjadi orang jahat, jika buat jahat pun dikutuk?” Ustaz cuba bertanya kepada Mila.

“Ye tak ye jugak ek. Tapi kenapa, pengaruh orang sekeliling yang bercerita berkenaan peribadi kita ni boleh membuatkan kita terganggu setiap kali kita ingin berubah? Tanya Mila kepada Ustaz.

“Biasalah tu Mila. Manusia semuanya akan terus mengata. Kalau kita asyik menilai perubahan kita dengan lidah manusia, maka fokus kita pasti akan terganggu.” Jawab Ustaz.

Ustaz menyambung perbincangan semula.

“ Ada satu kisah yang cukup popular antara si anak, si ayah, dan seekor keldai. Ketika dalam satu perjalanan menuju sebuah destinasi. Si ayah menarik keldai dan si anak menunggang diatas keldai tersebut. Lalu di sebuah kampung. Kemudian orang kampung disitu mengutuk si anak. Kata mereka sepatutnya anak yang menarik keldai dan ayah yang tua itulah menunggang di atas keldai. Si ayah sedih dengan kutukan lalu mengubah kedudukan. Ayahnya menunggang diatas keldai dan anak berjalan kaki menarik keldai tersebut.
Sampai di satu kampung yang lain, orang kampung disitu mengutuk si ayah. Kata mereka, sepatutnya ayah yang menarik keldai dan anak menunggangnya, kerana anaknya masih kecil dan tidak larat. Sekali lagi ayahnya menukar posisi mereka dengan kedua-dua mereka naik menunggang keldai tersebut.

Tiba di satu kampung berlainan, sekali lagi mereka dikutuk oleh penduduk disitu. Kata mereka, si ayah dan si anak itu zalim kerana menyeksa keldai. Sepatutnya salah seorang dari mereka mesti berada dibawah bagi meringankan beban keldai tersebut. Si ayah terus bingung. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk kedua-dua mereka berjalan kaki menarik keldai tanpa seorangpun menunggang keldai tersebut.

Namun, apabila masuk ke kampung berikutnya, sekali lagi mereka dikutuk. Kata penduduk kampung itu, si ayah dan si anak sangatlah tidak cerdik. Apa gunanya membawa keldai. Jika keldai tersebut hanya melenggang tanpa membawa si anak mahupun si ayah menunggangnya. Sekali lagi mereka bingung.

Itulah hakikat perjalanan hidup. Di mana sahaja kita berada, apa sahaja keputusan kita pasti tidak mampu menutup mulut orang lain. Apatah lagi memuaskan hati semua pihak.” Cerita ustaz dengan panjang lebar kepada Mila.

“Habis tu macam mana ustaz? Apa kekuatan kita untuk berhadapan dengan kutukan ni. Saya ni jenis lemah semangat sikit kalau ada member-member yang menjeling dan mengutuk saya terus malu nak berubah. Bagila tips sikit.” Mila menyoal kembali kepada ustaz.

“Beginilah…kita ambil juga pengajaran daripada kisah si ayah, si anak dan keldai tadi. Cuba bayangkan jika si ayah, anak dan keldai tadi sudah meletakkan pelan perancangan perjalanan mereka. Contohnya, mereka merancang untuk 5 kilometer pertama si ayah berjalan menarik keldai dan si anak menunggang keldai sambil berehat. 5 kilometer berikutnya si anak pula menarik keldai dan si ayah pula menunggangnya untuk bergilir berehat.

Pada 5 kilometer seterusnya pula, si ayah dan si anak kedua-duanya menunggang keldai untuk sama-sama mereka berehat. Dan akhirnya pada 5 kilometer terakhir si anak dan si ayah kedua-duanya turun berjalan kaki menarik keldai untuk memberi peluang untuk keldai pula yang berehat.

Rasanya, jika ke mana sekalipun kampung yang dilalui, apa jua kutukan yang diberi pasti tidak menggugat perasaan si ayah dan si anak tersebut. Ini kerana itulah pelan asal mereka yang telah mereka tetapkan. Bagi mereka, orang yang mengutuk mereka langsung tidak mengerti apa pelan perjalanan mereka. Jadinya mereka dapat berjalan tanpa mengiraukan walau apa jenis kutukan.

Daripada kisah ini, samalah jika Mila sendiri dari awal melakukan perancangan rapi, persediaan tersendiri, mahupun strategi untuk berubah dari awal…maka apa sahaja kutukan dari member Mila, langsung tidak memberi kesan kepada perubahan Mila. Kerana member Mila tidak tahu apakah strategi perancangan hidup Mila. Kalau ada juga yang mengutuk, jawab sahaja kepada diorang… “ Ada Aku Kisah !!?..”
 
p/s: ramai manusia lebih suka menilai & menghukum org lain, berbanding menilai amalan diri sendiri..
moralnya: usah peduli apa pandangan mereka kepada mu selagi engkau berbuat kebaikan..
kerana apa yang lebih utama adalah memikirkan apa pandangan Allah terhadap dirimu itu..

Ahad, 8 April 2012



Pada zaman Nabi Musa a.s., pernah berlaku musim kemarau yang panjang kepada Bani Israel. Lantaran itu, mereka berhasrat untuk berkumpul dan menenui Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s.

Mereka merayu kepada ketua mereka dengan berkata, “Wahai nabi Allah yang merupakan kalam-Nya, tolonglah mohon kepada Tuhanmu agar Ðia berkenan menurunkan hujan untuk kami.”

Kemudian Nabi Musa a.s. bersama-sama kaumnya berangkat menuju ke kawasan lapang. Menurut suatu pendapat seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qudamah dalam al-Tawwabin, bilangan mereka pada waktu itu lebih kurang 70 ribu orang.

Setelah mereka sampai di tempat yang dituju, maka Nabi Musa a.s. mula berdia agar diturunkan hujan (al-istisqa’). Antara isi doa tersebut adalah : “Tuhanku, siramlah kami dengan air hujan-Mu, taburkanlah kepada kami rahmat-Mu dan kasihanilah kami terutama bagi anak-anak kecil yang masih menyusu, haiwan ternak yang memerlukan rumput dan orang tua yang sudah bongkok. Sebagaimana yang kami saksikan pada saat ini, langit sangat cerah dan cuaca semakin panas.”

Allah SWT telah menurunkan firman-Nya yang bermaksud, “Aku tidak merendahkan kedudukanmu di sisi-Ku, sesungguhnya di sisi-Ku kamu mempunyai kedudukan yang tinggi. Cuma dalam kalangan umatmu ini, ada seorang yang telah melakukan perbuatan maksiat selama 40 tahun. Selagi dia masih berada dalam kumpulan umatmu ini, maka dia menjadi penyebab terhalang turunnya hujan untuk kamu semua.”

Nabi Musa a.s. kembali berkata: “Wahai Tuhanku, aku adalah hamba-Mu yang lemah, suaraku juga lemah, apakah mungkin suaraku ini akan dapat didengarinya dalam lingkungan jumlah manusia yang melebih 70 ribu orang ini?”

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai Musa, kamulah yang memanggil dan Akulah yang akan menyampaikannya kepada mereka!”

Mentaati dengan apa yang diperintahkan oleh Allah, maka Nabi Musa a.s. segera berdiri dan berseru kepada kaumnya : “Wahai seorang hamba yang derhaka kepada Tuhannya, sudah lama engkau melakukan dosa kepada Allah SWT. Keluarlah kamu dari tempat ini, kerana kewujudanmu menghalang hujan daripada diturnkan oleh Allah SWT kepada kami semuanya.”

Mendengar seruan daripada Nabi Musa a.s., maka orang derhaka yang dimaksudkan itu berasa sangat serba salah. Ðia melihat ke kanan dan ke kiri. Namun, dia tidak melihat seorang pun yang keluar. Ðengan demikian, yakinlah dia bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi Musa a.s. itu ialah dirinya sendiri. Ðalam hatinya timbullah penyesalan yang amat mendalam.

Ðia berkata dalam dirinya : “Jika aku keluar daripada kumpulan ini, nescaya akan terbukalah kejahatan yang telah aku lakukan selama ini. Ði manakah akan diletakkan maruah dan kemuliaan keluargaku? Tentulah mereka akan dipandang hina keranaku. Akan tetapi jika aku tetap bersama mereka, pasti hujan tidak akan diturunkan oleh Allah SWT. Ya Allah! Kesalnya aku, maluya aku. Terimalah taubatku, aku berjanji tidak akan mengulangi maksiat-maksiat itu lagi. Ya Allah, sesungguhnya aku telah derhaka kepada-Mu selama lebih 40 tahun, walaupun demikian ENgkau masih memberikan kesempatan kepadaku, dan sekarang aku datang kepada-Mu dengan ketaatan, maka terimalah taubatku ini. Janganlah dibuka keaibanku di hadapan ramainya hamba-hamba-Mu dan nabi-nabi-Mu.”

Akhirnya, lelaki itu bertekad menundukkan kepalanya kerana bimbang dilihat oleh orang ramai yang mencari-cari siapa sebenarnya pesalah yang dikehendaki itu. Beberapa detik selepas itu, kelihatan awan berkumpul di langit. Seiring dengan itu, hujan pun turun dengan lebatnya.

Melihat keadaan demikian, maka Nabi Musa a.s. berkata : “Tuhanku, mengapakah Engkau mengurniakan nikmat dan rahmat hujan kepada kami, sedangkan pesalah belum lagi menyerah diri?”

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai Musa, Aku menurunkan hujan ini juga disebabkan oleh orang tersebut yang dahulunya menjadi sebab Aku tidak menurunkan hujan kepada kamu.”

Nabi Musa a.s. berkata : “Tuhanku, lihatkanlah kepadaku siapa sebenarnya hamba-Mu yang dimaksudkan itu?”

Allah SWT berfirman, maksudnya, “Wahai Musa, dahulu ketika dia melakukan maksiat dan derhaka kepada-Ku, Aku tidak pernah membuka aibnya. Apakah sekarang AKu akan membuka aibnya itu ketika dia telah kembali melakukan ketaatan kepada-Ku?”

Sumber : Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed di Solusi

Rabu, 5 Ogos 2009

Iman Semut


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan? "Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan." Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong."

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian baginda mengambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan ditutup bekas tersebut. Kemudian baginda meninggalkan semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Apabila cukup sebulan Nabi Allah Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut:"Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu, kemudian aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!! IMAN MANUSIA?? Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Mungkar Nangkir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:"

Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih.

Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia...