
Marilah
kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati
dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur
manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah
yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di
dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.
Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih
mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi
kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini
ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih
muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di
halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang
paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan