Ada aku kisah?
“Ustaz, kenapa bila
kita nak buat baik je mesti ada orang yang nak mengutuk? Cakap kita ni kononnya
nak jadi ustazah la, nak tunjuk alim la…” tanya Mila seorang
pelajar sebuah IPT tempatan kepada seorang ustaz.
“Kalau kita buat
jahat ada orang kutuk kita dak?” Ustaz itu menyoal Mila kembali.
“Buat jahat pun ada
juga orang mengutuk kita.” Balas Mila kepada ustaz.
“Habis
tu…bukankah lebih baik menjadi orang baik daripada menjadi orang jahat,
jika buat jahat pun dikutuk?” Ustaz cuba bertanya kepada Mila.
“Ye tak ye jugak ek. Tapi kenapa, pengaruh
orang sekeliling yang bercerita berkenaan peribadi kita ni boleh membuatkan
kita terganggu setiap kali kita ingin berubah? Tanya Mila kepada Ustaz.
“Biasalah tu Mila.
Manusia semuanya akan terus mengata. Kalau kita asyik menilai perubahan kita
dengan lidah manusia, maka fokus kita pasti akan terganggu.” Jawab Ustaz.
Ustaz menyambung
perbincangan semula.
“ Ada satu kisah yang cukup popular antara si
anak, si ayah, dan seekor keldai. Ketika dalam satu perjalanan menuju sebuah
destinasi. Si ayah menarik keldai dan si anak menunggang diatas keldai
tersebut. Lalu di sebuah kampung. Kemudian orang kampung disitu mengutuk si
anak. Kata mereka sepatutnya anak yang menarik keldai dan ayah yang tua itulah
menunggang di atas keldai. Si ayah sedih dengan kutukan lalu mengubah
kedudukan. Ayahnya menunggang diatas keldai dan anak berjalan kaki menarik
keldai tersebut.

Tiba
di satu kampung berlainan, sekali lagi mereka dikutuk oleh penduduk disitu.
Kata mereka, si ayah dan si anak itu zalim kerana menyeksa keldai. Sepatutnya
salah seorang dari mereka mesti berada dibawah bagi meringankan beban keldai
tersebut. Si ayah terus bingung. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk
kedua-dua mereka berjalan kaki menarik keldai tanpa seorangpun menunggang
keldai tersebut.
Namun,
apabila masuk ke kampung berikutnya, sekali lagi mereka dikutuk. Kata penduduk
kampung itu, si ayah dan si anak sangatlah tidak cerdik. Apa gunanya membawa
keldai. Jika keldai tersebut hanya melenggang tanpa membawa si anak mahupun si
ayah menunggangnya. Sekali lagi mereka bingung.
Itulah
hakikat perjalanan hidup. Di mana sahaja kita berada, apa sahaja keputusan kita
pasti tidak mampu menutup mulut orang lain. Apatah lagi memuaskan hati semua
pihak.” Cerita ustaz dengan panjang lebar kepada Mila.
“Habis tu macam mana ustaz? Apa kekuatan
kita untuk berhadapan dengan kutukan ni. Saya ni jenis lemah semangat sikit
kalau ada member-member yang menjeling dan mengutuk saya terus
malu nak berubah. Bagila tips sikit.” Mila menyoal kembali kepada ustaz.
“Beginilah…kita
ambil juga pengajaran daripada kisah si ayah, si anak dan keldai tadi. Cuba bayangkan
jika si ayah, anak dan keldai tadi sudah meletakkan pelan perancangan
perjalanan mereka. Contohnya, mereka merancang untuk 5 kilometer pertama si
ayah berjalan menarik keldai dan si anak menunggang keldai sambil berehat. 5
kilometer berikutnya si anak pula menarik keldai dan si ayah pula menunggangnya
untuk bergilir berehat.
Pada
5 kilometer seterusnya pula, si ayah dan si anak kedua-duanya menunggang keldai
untuk sama-sama mereka berehat. Dan akhirnya pada 5 kilometer terakhir si anak
dan si ayah kedua-duanya turun berjalan kaki menarik keldai untuk memberi
peluang untuk keldai pula yang berehat.
Rasanya,
jika ke mana sekalipun kampung yang dilalui, apa jua kutukan yang diberi pasti
tidak menggugat perasaan si ayah dan si anak tersebut. Ini kerana itulah pelan
asal mereka yang telah mereka tetapkan. Bagi mereka, orang yang mengutuk mereka
langsung tidak mengerti apa pelan perjalanan mereka. Jadinya mereka dapat
berjalan tanpa mengiraukan walau apa jenis kutukan.
Daripada kisah ini, samalah jika Mila sendiri
dari awal melakukan perancangan rapi, persediaan tersendiri, mahupun strategi
untuk berubah dari awal…maka apa sahaja kutukan dari member Mila,
langsung tidak memberi kesan kepada perubahan Mila. Kerana member Mila tidak
tahu apakah strategi perancangan hidup Mila. Kalau ada juga yang mengutuk,
jawab sahaja kepada diorang… “ Ada Aku Kisah !!?..”
p/s: ramai manusia lebih suka menilai & menghukum org lain,
berbanding menilai amalan diri sendiri..
moralnya: usah peduli apa pandangan mereka kepada mu selagi engkau
berbuat kebaikan..
kerana apa yang lebih utama adalah memikirkan apa pandangan Allah terhadap
dirimu itu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan